BERITA UTAMA

PERANAN BESAR GURU DALAM DUNIA PENDIDIKAN YANG SEMAKIN MENCABAR

Kami guru Malaysia, berikrar dan berjanji, mendidik dan memimpin, putra putri negara kita.

Ini antara bait lagu yang lazimnya berkumandang di seluruh negara setiap kali tibanya tarikh keramat 16 Mei bagi menghargai mereka yang bergelar pendidik.

Lagu dan lirik ‘Kami Guru Malaysia’ ciptaan bekas guru kelahiran Pulau Pinang Allahyarham Hashim Ahmad dihasilkan pada tahun 1988 itu masih mekar sehingga ke hari ini, sebagai tanda betapa besar dan tingginya nilai pengorbanan mereka yang mendidik anak bangsa, untuk menjadi modal insan negara.

Perjuangan golongan ini juga bukan kaleng-kaleng atau bukan sembarangan, apatah lagi dengan zaman yang semakin moden, yang menyaksikan para guru juga perlu berhadapan dengan pelbagai suasana serta ragaman anak murid mereka selain memastikan arus pendidikan seiring dengan perubahan pembangunan negara.

 

 

35minit lalu
 TERKINI
Sektor halal, Tabung Haji antara yang menarik minat kerajaan Republik Kyrgyz terhadap Malaysia - PM Anwar
Lantikan penasihat kepada kerajaan Republik Kyrgyz buka peluang kepada pelabur dari Malaysia - PM Anwar
Republik Kyrgyz nyata hasrat Malaysia lantik seorang penasihat kepada mereka, tanda penghormatan dan pengiktirafan kepada negara - PM Anwar
 
 BERNAMA CLIQ
[klik foto untuk lebih info]
Untuk pembelian, layari laman web BERNAMA IMAGES
 VIDEO

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan